Tuesday, 10 September 2013

Remajakan Kulit Wajah Anda dengan A.B Series Apple Stem Cell Serum




Produk terbaru di pasaran, A.B Series Swiss Apple Stemcell yang kini berada di pasaran Malaysia..Serum dengan formulasi Swiss Apple Stemcell,teknologi yang bakal menggantikan kaedah lama seperti suntikan
botox dan Vitamin C yang mahal untuk penjagaan kulit.Wajah yang kusam bukan sahaja menimbulkan rasa kurang senang pada diri sendiri kerana rasa rendah diri dan kurang keyakinan malah orang yang memandang pun pasti merasa tidak selesa kerana sudah pasti sebagai manusia biasa kita inginkan yang cantik2 sahaja di depan mata. Jadi! Apa tunggu lagi? Tampil lebih cantik dan berkeyakinan selepas ini dengan SERUM AB SERIES APPLE STEM CELL



A.B Series Swiss Apple Stemcell Serum mempunyai 8 kelebihan utama:-

  • mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
  • mencerahkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat
  • mengembalikan keanjalan dan kelembapan kulit
  • meningkatkan keserian dan menyamaratakan tona wajah
  • mengecilkan pori-pori wajah
  • meningkatkan kuasa replikasi dan menggalakkan penyembuhan
  • melambatkan proses penuaan sel-sel penting
  • melindungi jangka hayat sel stem kulit

Selain daripada itu Apple Stem Cell keluaran AVAIL BEAUTY ternyata lebih pekat tidak dicampur bahan2 lain selain kologen.. Kerana itu kesannya dapat dilihat cepat


A.B SERIES KELUARAN AVAIL BEAUTY
SERUM INI BERKUALITI TINGGI DAN HARGANYA BERPATUTAN
Hanya RM98 sebotol(10ml)

Monday, 28 May 2012

Program User2User

Inilah MASAnya untuk anda BERTINDAK!!!. Peluang sudah ada di depan mata. Avail bagaikan "Lombong Emas" untuk kita. Anda hanya perlu bersama kami untuk berkongsi keuntungan ini.

Jangan beri alasan seperti dulu. Masa tidak menunggu anda. Jangan tanya mereka yang tak buat dan tak nak rebut peluang ini.

Anda kena pilih sendiri demi masa depan anda. Jangan biarkan orang lain tentukan masa depan anda dengan

percaya apa yang mereka katakan tanpa mengkaji.

Program ini diwujudkan begi membolehkan mereka yang ingin keluar dari kesempitan kewangan melalui konsep perkongsian kesedaran kesihatan dan kebaikan produk-produk Avail.

Ia cukup mudah dilakukan. Anda hanya perlu membeli produk mengikut keperluan atau masalah kesihatan anda. Ketahui kelebihan produk dan kesesuaiannya keperluan anda.


 

Dengan pembelian mana-mana produk di atas, secara automatik anda layak mendaftar sebagai ahli secara PERCUMA dan memperolehi produk dengan harga ahli.

Untuk menjana pendapatan lumayan, anda kena BERTINDAK!!. Kongsikan kesedaran kesihatan dan peluang perniagaan kepada keluarga dan kenalan anda.

Contohnya:

Hampir setiap rumah ada wanita. Di Malaysia sahaja terdapat lebih 14 juta orang wanita berdasarkan 50% populasi penduduk Malaysia yang berjumlah lebih 28 juta orang. Jadi ia adalah satu potensi pasaran yang sangat luas dan permintaan yang berpanjangan.


 


 

Anda cuma perlu tahu mengapa wanita perlu tukar kebiasaan mereka menggunakan produk di pasaran kepada produk yang selamat melalui kesedaran kanser servik. Yakinkan mereka mengenai kelebihan produk FC Bio Sanitary Pad.


 


 

Bayangkan!! Dengan perkongsian kesedaran dan peluang jana pendapatan, setiap mereka membeli pek FC Bio Sanitary Pad dan juga produk-produk lain untuk kegunaan keluarga mereka.


 


 


 

Dengan pembelian ini, mereka jimat 20% daripada harga pasaran. Lagi pun tak perlu risau sebab produk memang keperluan bulanan.

Anda hanya perlu memperkenalkan peluang ini kepada 6 kenalan anda. Tak kira mereka lelaki atau wanita, anda perlu sedarkan mereka untuk memberikan yang terbaik dari segi kesihatan di samping merebut peluang memperbaiki ekonomi mereka.

Sebenarnya tidak sukar untuk berjaya dalam program User2User. Anda hanya perlu pastikan duplikasi berjalan lancar. Setiap orang melakukan perkara yang sama.

Lihat carta perkembangan rakaniaga atau pengguna dalam tempoh sebulan sekiranya proses duplikasi berjalan dengan baik.


 

Hasilnya dalam masa sebulan sahaja, anda mampu memperolehi pendapatan melebihi RM10 ribu hanya bermodalkan RM162 dan sedikit usaha. Ia cukup berbaloi!!!

Bagaimana Nak Mula??


 

Anda boleh mendaftar secara online. Ikut arahan pada bahagian daftar tersebut.


 

Sunday, 13 May 2012

Implikasi Keputihan di Kalangan Wanita


KEPUTIHAN yang dihadapi kebanyakan wanita adalah sesuatu yang normal. Umumnya, setiap wanita mengalami keputihan kerana ia sebenarnya adalah proses perubahan hormon dan pembersihan yang mana sel sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj .Secara biologi keputihan akan berlaku pada sekitar sebelum waktu haid bagi setiap wanita. Selain wanita yang sudah berkahwin dan hamil, remaja perempuan juga akan mengalami masalah keputihan, malah ada kalanya kanak-kanak kecil juga turut tidak terkecuali.Kebiasaannya remaja jarang mendapat keputihan kecuali mereka yang mengambil ubatan tertentu seperti mengambil ubat untuk penyakit diabetes, mempunyai sistem badan rendah atau seorang yang aktif secara seksual.

Adalah dianggarkan 75 peratus wanita yang sudah berkahwin akan mengalami masalah keputihan. Masalah itu berlaku disebab wanita berkahwin telah mendapat pendedahan seksual dan ini menyebabkan dirinya mudah dijangkiti.Mentelah lagi dengan pengunaan produk-produk intim masakini yang bertoksik seperti sabun,syampu & gel mandian menyumbang kepada gangguan flora bakteria sedia ada didalam faraj seseorang wanita.

Statistik menunjukkan wanita hamil paling berisiko mengalami masalah keputihan disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan dan menyebabkan wanita berkenaan sesuai untuk mengalami jangkitan kulat. Ketika hamil, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen, ini menyebabkan kulat mudah membiak. Hormon estrogen juga akan menyebabkan kulat lebih senang melekat di dinding faraj.Secara anggaran, hampir 80 peratus atau 8 dalam 10 wanita hamil mungkin mengalami masalah keputihan.

Keputihan hanya dianggap bermasalah atau abnormal, seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk dan hanyir serta menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang. Keputihan itu juga tidak berwarna jernih lagi, tetapi berketul-ketul seperti keju dan menjadi kekuningan serta kehijauan.Adakalanya keputihan yang keluar dengan banyaknya menyebabkan kegatalan yang amat sangat sehinggakan seseorang itu menggaru dan kulit vagina akan melecet dan terasa pedih atau seperti terbakar

Keadaan seumpama itu selalunya disebabkan penyakit lain atau dikaitkan dengan jangkitan seperti :


* Kulat Candidiasis (keputihan seperti kepingan susu basi)
Kuman Tricomonas (lelehan keputihan atau tidak berwarna cair, banyak, berbuih)
Bacterial vaginosis (lelehan berbuih, berbau hanyir)
Kuman Chlamydia (jarang menyebabkan lelehan)
Kuman Gardneralla (lelehan cair berbau busuk)
*
Proses Semulajadi Bakteria Didalam Faraj

Faraj mengandungi bakteria semula jadi iaitu bacillus asidofilus menghasilkan asid lactat yang berfungsi melindungi faraj dari kemasukan atau serangan kulat dan kuman. Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat dan menyebabkan pengeluaran cecair berwarna putih kekuningan dan berbau masam.Bau yang tidak menyenangkan ini juga boleh berlaku akibat tindak balas bakteria terhadap peluh yang sering berlaku pada bahagian kemaluan. Apabila keasidan faraj kurang dari tahap yang diperlukan iaitu sekitar pH 3.8-4.5 akan memudahkan sejenis kulat yis(biasanya candida albican) menghinggapinya lalu membiak dalam kadar yang terlalu pantas dan perkara ini akan mendatangkan masalah infeksi.Ada juga kes yang mengambil pil perancang mengalami masalah keputihan yang teruk, tetapi ini tidak bermakna semua wanita yang mengambil pil perancang akan mengalami masalah keputihan.

Keputihan Mengganggu Keharmonian Rumahtangga?

Walaupun masalah keputihan disebabkan jangkitan kulat tidak membawa kesan pada kesuburan seseorang wanita tetapi implikasinya hubungan seksual antara suami isteri pasti terjejas apabila masalah keputihan teruk dan berbau mengendurkan keinginan untuk melakukan seks dan ini dapat merenggangkan hubungan kedua pasangan.

Berlakunya radangan pada kawasan sulit menyebabkan pasangan berasa sakit dan tidak selesa ketika hendak bersama. Malahan, walaupun tidak dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang menular, seorang isteri jika bermasalah keputihan boleh menjangkiti suami dan kesan dari jangkitan yang dialami oleh suami juga sama termasuk, sakit ketika hendak membuang air kecil.Seharusnya wanita yang mengalami keputihan ini peka kepada komplikasi-komplikasi yang mendatang dan mengambil langkah bijak untuk merawatnya segera daripada membiarkan ia memusnahkan keharmonian rumahtangga.

Wanita yang mengalami masalah keputihan juga disarankan mengamalkan amalan pemakanan dengan memperbanyakkan memakan sayuran hijau dan dadih yang mengandungi lactobasillus.Bagi yang mengalami masalah radang pula digalakkan kerap menukar seluar dalam dan juga memilih yang diperbuat daripada kain kapas serta sedikit longgar.

Antara Rawatan Pilihan

Ramai juga yang berpendapat rawatan herba tradisional berkesan untuk merawat keputihan walaupun tiada data yang menyokong perkara ini.Sama juga seperti rawatan moden yang juga ada kesan sampingan, begitu jugalah rawatan herba.Satu perkara kita perlu fahami adalah kaedah perubatan herba tradisional sudah lama diamalkan orang dulu dan didapati berkesan serta diperturunkan dari generasi ke generasi sehingga kini. Seharusnya kita tidak membelakangkan kaedah herba tradisional kerana telah terdapat bukti kesahihan walaupun tanpa sokongan data,tidak seperti rawatan moden yang dipelopori barat dengan kajian dan data-data yang menyokong kajian mereka.Tidak kira jenis rawatan yang menjadi pilihan setiap individu,perkara yang paling utama ialah memastikan keputihan harus dirawat seberapa segera sebelum ianya menular keorgan – organ berdekatan.

Menggunakan FC Bio Sanitary Pad (Pad herba) boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah rawatan bagi penyakit keputihan dan masalah-masalah lain.



Barah Pangkal Rahim


Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakanbarah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ). Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart ).

KETUAT KELAMIN (Genital Warts)
Megenali ketuat kelamin
Ketuat kelamin merupakan sejenis penyakit kelamin. Ketuat kelamin merujuk kepada bonjolan daging lembut, lembab dan tidak sakit pada alat kelamin. Ketuat kelamin bewarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur, dan kadangkala pada faraj wanita.
Ketuat ini pada wanita berpotensi berubah menjadi barah, terutamanya barah pangkal rahim.Ketuat kelamin tidak menunjukkan tanda-tanya yang ketara, oleh itu ujian pap smear digalakkan untuk dilakukan secara berkala terutamanya bagi mereka yang menjangkau usia 40an.Bagi wanita mengandung, rawatan perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan ketuat kelamin berjangkit kepada bayi yang akan lahir secara normal.Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.

BARAH PANGKAL RAHIM (Kanser Serviks)
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Serviks merupakanbarah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim boleh membawa maut.

Mengenali lebih dekat Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)
Serviks adalah pangkal rahim dan rahim merupakan bahagian tubuh di mana janin berkembang.Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.Dalam barah pangkal rahim, sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser. Wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks juga boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.
Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)
Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
Perdarahan dari faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
Sebarang perdarahan dari faraj selepas putus haid.

Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Ujian lumuran Pap (Pap Smear)
Oleh kerana wanita yang aktif seks berisiko mengidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi.Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.
Ujian ini boleh didapati di:
Pusat Kesihatan Kerajaan
Klinik Perancang Keluarga
Hospital/Klinik Swasta

Antara calon/kriteria wanita yang perlu menjalani PAP Smear
Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian PAP Smear.
Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan sekurang-kirangnya 2 tahun sekali.
Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid
Para wanita juga dinasihatkan adalah lebih baik untuk menjalani ujian lumuran Pap ini pada setiap tahun untuk memeriksa sel prabarah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dapat dikesan awal, ia masih boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan anda.

Wednesday, 2 May 2012

Program Usahawan Avail 2Plus1

Program ini diwujudkan  begi membolehkan mereka yang ingin keluar dari kesempitan kewangan melalui konsep perkongsian kesedaran kesihatan dan kebaikan produk-produk Avail.Ia cukup mudah dilakukan. Anda hanya perlu membeli produk mengikut keperluan atau masalah kesihatan anda. Ketahui kelebihan produk dan kesesuaiannya keperluan anda.Dengan pembelian mana-mana produk di atas, secara automatik anda layak mendaftar sebagai ahli secara PERCUMA dan memperolehi produk dengan harga ahli.

Baca seterusnya......

Monday, 26 March 2012

Fenomena Tidak Normal - Petikan Harian Metro

Fenomena tidak normal
Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
norlaila@hmetro.com.my

 

DR IAN MILSOM...ubat baru mengandungi hormon sama seperti hormon semula jadi wanita

“CUTI wajib tiap bulan,” kata teman sepejabat dengan wajah muram selepas dua hari memerap di rumah kerana haid. Masalah ini dialami sejak umurnya belasan tahun lagi yang membuatkan dia kerap tidak hadir ke sekolah atau terpaksa mengambil cuti setiap kali datang haid kerana dia bukan saja berasa tidak selesa malah cepat berasa penat.

Semuanya berpunca daripada aliran haid yang terlalu banyak sehingga dia terpaksa menukar tuala wanita setiap jam. Bahkan kadangkala dia memakai dua lapis tuala wanita untuk mengelakkan kebocoran. Dia bernasib baik kerana ketua di pejabat memahami keadaannya tetapi seorang rakan lagi di organisasi lain yang mengalami masalah sama sering disindir kerana dianggap sengaja mencari alasan untuk ponteng kerja.
sebelum   selepas

   
 
DR PREMITHA...ada banyak kaedah selesaikan masalah pendarahan haid berlebihan.
DR SURESH...ramai wanita alami masalah pendarahan haid berlebihan tetapi tidak dapatkan rawatan.
       Perunding Ginekologi dan Obstetrik, Dr Suresh Kumarasamy, berkata haid adalah perubahan fisiologi bulanan yang semula jadi bagi wanita. Setiap bulan badan wanita bersedia untuk hamil tetapi jika kehamilan tidak berlaku, lapisan dinding dalam rahim akan runtuh dan dikeluarkan sebagai darah haid.

Darah haid sebenarnya terdiri daripada darah dan sebahagian tisu dari dalam rahim atau uterus. Haid bermula apabila remaja perempuan memasuki umur baligh iaitu pada umur lapan hingga 16 tahun dan ia berterusan sehinggalah seseorang itu menopaus (putus haid - biasanya lewat 40-an ke awal 50-an). Secara umumnya tempoh haid wanita tidak lama, sekitar tiga hingga lima hari saja. Ada juga yang antara lima hingga tujuh hari.

Ramai wanita berasakan darah haid mereka banyak tetapi hakikatnya jumlah yang normal ialah lebih kurang 40 hingga 60 mililiter saja. Untuk memudahkan perbandingan, jumlah darah haid ini lebih sedikit daripada satu perempat air kotak 250 mililiter.

Namun ada juga sesetengah wanita mengalami pendarahan haid yang banyak sehingga melebihi 80 mililiter sehingga memaksa mereka menukar tuala wanita setiap jam. Ada juga wanita yang terpaksa memakai lampin dewasa apabila dua lapis tuala wanita masih tidak mampu menampung darah haid mereka.

Inilah yang dialami Anita, 40, (bukan nama sebenar), pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Dia mengalami masalah pendarahan haid yang banyak selepas melahirkan anak keduanya. Dalam tempoh 10 tahun masalahnya bertambah teruk sehingga terpaksa berjumpa doktor.

Namun apa yang diberikan doktor hanyalah pil zat besi. Bagaimanapun ia bukan penyelesaian kerana Anita alah pada pil berkenaan. Setiap bulan dia terpaksa bertukar jenama pil sehinggalah akhirnya berjaya menemui pil zat besi yang serasi dengannya dan tidak menyebabkan ruam.

Haidnya pula lama, sehingga sembilan hari tetapi keadaan paling ‘tenat’ berlaku pada tiga hari pertama di mana darah haidnya dirasakan mencurah seperti keluar dari paip. Inilah yang menyebabkan Anita terpaksa memakai lampin dewasa, itu pun perlu kerap ditukar bagi mengelakkan kebocoran.

Biasanya apabila haid, dia akan membawa satu persalinan pakaian kerana bimbang darah haid terkena pada baju yang dipakainya. Malah dia juga akan meletakkan akhbar di atas kerusi atau bangku kereta. Memang sepanjang tempoh haid, dia sentiasa dilanda kebimbangan. Bahkan kerap dia bangun pada tengah malam untuk menukar tuala wanita.

Kawan-kawannya berkata dia nampak pucat dan tidak bermaya setiap kali haid.
Walaupun suaminya kerap menasihatkan supaya mengambil cuti, tetapi dia tidak sanggup menyusahkan pelajarnya untuk menggantikan kelas. Selain kelas, aktiviti lain akan dibatalkan dan selalunya ketika inilah dia lebih suka mengurungkan diri di rumah kerana tidak mahu peristiwa memalukan seperti kebocoran sehingga darah haid terkena pada baju kurungnya pada satu majlis perkahwinan berulang.

Menurut doktor yang ditemuinya, masalahnya boleh selesai jika menjalani pembedahan histerektomi iaitu pembuangan rahim tetapi dia enggan kerana umurnya masih muda. Sebenarnya hampir 75 peratus pembedahan pembuangan rahim di dunia dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Masalah yang dihadapi Anita sebenarnya turut dialami oleh ramai wanita di seluruh dunia. Kajian pola pendarahan dan kawalan kitaran haid pada 2009 mendapati satu daripada tiga wanita di seluruh dunia mengalami masalah pendarahan haid terlalu banyak. Walaupun lebih 80 peratus mengakui keadaan itu memberi kesan negatif terhadap kualiti hidup mereka, tetapi kira-kira 35 peratus tidak mendapatkan bantuan perubatan.

Kajian itu juga mendapati 76 peratus wanita mengalami masalah pendarahan haid yang teruk dan daripada jumlah itu, 82 peratus berkata ia menjejaskan hubungan mereka dengan suami dan peluang untuk terbabit dalam aktiviti sosial (83 peratus).

“Ini menandakan pendarahan haid yang banyak iaitu melebihi 80 mililiter bagi setiap kitaran adalah perkara tidak normal. Malangnya ramai tidak menyedari keadaan ini, yang dianggap biasa kerana sudah mengalaminya sejak sekian lama,” katanya.


Pendarahan tidak normal

Menurut Dr Suresh, haid yang normal mempunyai ciri berikut:

Tempoh kitaran 28 hari (tujuh hari)
Tempoh haid biasanya empat hari ( dua hari)
Jumlah darah haid 40 mililiter ( 20 mililiter)

Seseorang wanita dikatakan mengalami masalah pendarahan haid yang banyak atau tidak normal jika:

Jumlah darah haidnya melebihi 80 mililiter bagi satu kitaran

Tempoh haidnya berpanjangan antara lapan hingga 10 hari, yang berlaku dalam kebanyakan bulan

Pendarahan yang banyak sehingga menyukarkan seseorang wanita untuk bekerja atau melakukan aktiviti harian lain

Wanita mengalami masalah anemia kerana kehilangan banyak darah secara berterusan

Ada ketulan darah melebihi satu atau dua hari

Mengalami ‘kebanjiran’ - yang berlaku secara tiba-tiba, permulaan haid yang tidak dijangka

Perlu menukar tuala wanita atau tampon setiap jam

“Masalah pendarahan haid yang banyak dikelaskan apabila berlaku pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kualiti kehidupan sama ada daripada segi fizikal, emosi, sosial dan material. Ia boleh menjejaskan salah satu atau gabungan beberapa gejala seperti senggugut dan keletihan yang melampau,” katanya lagi.

Namun untuk lebih mudah menguji sama ada haid anda terlalu banyak atau normal ialah melihat pada kesan pada tuala wanita. Lihat jika tuala wanita anda sentiasa penuh sepanjang tempoh haid.


Tanda dan gejala pendarahan haid yang banyak:

Satu atau lebih tuala wanita atau tampon basah lencun dalam masa satu jam

Perlukan perlindungan berganda (seperti memakai dua lapis tuala wanita pada satu masa)

Perlu menukar tuala wanita atau tampon pada waktu malam
Tempoh haid melebihi tujuh hari
Ada ketulan darah pada darah haid
Mengalami gejala anemia seperti rasa letih, lesu, sesak nafas
Senggugut

Menjejaskan kualiti hidup secara keseluruhan termasuk di tempat kerja, di rumah dan hubungan dengan keluarga dan suami


“Kajian ke atas 500 wanita Malaysia berusia antara 18 hingga 49 tahun di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur/Petaling Jaya mendapati ramai yang menggunakan dua lapis tuala wanita atau tuala wanita dan tampon pada satu masa, mengalami pendarahan yang banyak selepas tampon dikeluarkan, bangun di tengah malam untuk menukar tuala wanita dan menukar tuala wanita atau tampon bagi setiap dua jam.

“Satu daripada lima wanita (22 peratus) mengalami masalah pendarahan haid yang banyak dalam tempoh 12 bulan sebelum kajian. Kira-kira 34 peratus berkata masalah itu mengganggu hidup mereka, 22 peratus menganggap ia sebagai gangguan yang masih boleh diterima (boleh meneruskan aktiviti harian) dan empat peratus mengakui sangat mengganggu sehingga banyak aktiviti perlu dihentikan.

“Antara gejala yang dialami mereka termasuk letih, lesu, tidak bertenaga, kelihatan pucat, sakit pada pinggul dan anemia. Aktiviti yang terjejas akibat masalah ini adalah prestasi kerja (43 peratus), kehidupan keluarga (33 peratus), hubungan dengan pasangan (27 peratus), kerja rumah (26 peratus), aktiviti santai seperti bersukan dan menonton wayang (23 peratus), kehidupan sosial (21 peratus) dan hubungan seks (11 peratus) dan persekolahan (tujuh peratus).

“Kebanyakan wanita berkata mereka mula mengalami masalah ini ketika berumur 20-an tetapi hanya dua daripada lima orang yang mendapatkan bantuan perubatan.
Ini kerana ramai yang tidak menyedari ia adalah satu perkara tidak normal.
Malah kebanyakannya mendapatkan maklumat mengenai masalah pendarahan haid yang banyak ini daripada kawan-kawan, ahli keluarga, pasangan dan media. Sangat kurang yang mengadu masalah mereka kepada doktor,” katanya pada pelancaran Qlaira, ubat makan mengandungi astradiol valerate dan dienogest untuk mengatasi pendarahan haid berlebihan anjuran Bayer HealthCare.


Punca pendarahan yang tidak normal
Lima punca utama pendarahan tidak normal ini ialah:
  1. Ketidakseimbangan hormon - biasanya berlaku ketika haid dan akan ‘selesai’ sendiri selepas haid tamat
  2. Masalah sakit puan seperti fibroid, polip, kanser pangkal rahim, kehamilan luar rahim
  3. Pengambilan ubat tertentu termasuk ubat antikeradangan dan antipembekuan darah, serta ubat hormon yang tidak diambil dengan betul
  4. Penggunaan alat pencegahan kehamilan dalam rahim tanpa hormon (IUD kuprum)
  5. Masalah kesihatan seperti penyakit keradangan pelvik, masalah pada kelenjar tiroid, endometriosis atau penyakit hati dan buah pinggang

Bagaimana masalah dikesan?

Ia dikesan melalui:

Sejarah haid. Pesakit mungkin dikehendaki merekodkan kedatangan haid mereka termasuk berapa ‘tenat’ pendarahan dan berapa banyak tuala wanita yang digunakan.

Selain itu ada beberapa ujian yang boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah ini seperti imbasan ultra bunyi, ujian darah, ujian lumuran pap dan biopsi endometrium (lapisan pada dinding rahim).


Apa yang wanita mahu?

Menurut Dr Suresh lagi, 35 peratus wanita mahukan haid yang lebih ‘ringan’ dan pendek kerana ini akan:

Menjimatkan kos membeli tuala wanita atau tampon
Tiada gangguan pada aktiviti harian
Boleh lebih aktif
Tidak perlu kerap ke tandas
Tidak berasa penat
Tidak perlu bangun pada tengah malam
Tidak bimbang darah haid terkena pada pakaian
Tidak perlu ambil cuti ketika haid
Boleh memakai pakaian berwarna cerah


Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata hasrat di atas boleh dicapai melalui beberapa kaedah rawatan seperti:

Terapi hormon - menggunakan pil perancang untuk membantu mengatur dan mengurangkan pendarahan. Kaedah ini memang sudah lama digunakan dan ia terbukti berkesan. Kekurangannya, ada wanita mengadu mengalami masalah sakit kepala, retensi air, pertambahan berat badan.

Terapi bukan hormon - Ini termasuk pengambilan ubat antikeradangan bukan steroid (NSAID) seperti ibuprofen atau naprofen (juga membantu mengurangkan kesakitan senggugut) dan asid traneksemik. Kekurangannya boleh menyebabkan masalah penghadaman, kerap buang air, memburukkan masalah asma dan ulser peptik.

Kaedah pembedahan hanya akan dicadangkan jika ubat tidak berkesan. Antaranya dilation & curettage (D&C), histeroskopi operatif, ablasi endometrium, reseksi endometrium dan histerektomi. Pesakit perlu mendapatkan penjelasan terperinci sebelum bersetuju menjalani kaedah pembedahan kerana setiap satu ada risiko tersendiri.

Pun begitu dengan kelahiran ubat baru yang mempunyai gabungan unik estradiol iaitu estrogen yang sama dengan hormon dihasilkan tubuh dan dienogest hormon progestin dengan tumpuan kesan pada lapisan endometrium dalam rahim, masalah pendarahan haid berlebihan dapat diatasi dengan baik.

“Ubat ini akan meniru kitaran hormon wanita semula jadi yang secara tidak langsung akan memberikan kawalan ke atas pendarahan haid yang optimum. Ujian klinikal menunjukkan ubat ini mampu mengurangkan pendarahan secara ketara dan berkesan iaitu sehingga 88 peratus selepas enam bulan pengambilan tanpa mendatangkan kesan sampingan,” kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Sweden, Dr Ian Milsom.

Justeru, bagi anda yang ada masalah pendarahan haid berlebihan atau terlalu banyak, jangan lagi mengasingkan diri atau terus menderita dalam diam kerana perkara yang dianggap sangat peribadi dan memalukan ini boleh diatasi. Malah usah biarkan haid terus menjejaskan kualiti hidup anda kerana haid adalah antara kelebihan yang diberikan Tuhan khusus untuk wanita.

Sunday, 25 March 2012

Bahaya Tuala Wanita


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes