Sunday, 13 May 2012

Implikasi Keputihan di Kalangan Wanita


KEPUTIHAN yang dihadapi kebanyakan wanita adalah sesuatu yang normal. Umumnya, setiap wanita mengalami keputihan kerana ia sebenarnya adalah proses perubahan hormon dan pembersihan yang mana sel sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj .Secara biologi keputihan akan berlaku pada sekitar sebelum waktu haid bagi setiap wanita. Selain wanita yang sudah berkahwin dan hamil, remaja perempuan juga akan mengalami masalah keputihan, malah ada kalanya kanak-kanak kecil juga turut tidak terkecuali.Kebiasaannya remaja jarang mendapat keputihan kecuali mereka yang mengambil ubatan tertentu seperti mengambil ubat untuk penyakit diabetes, mempunyai sistem badan rendah atau seorang yang aktif secara seksual.

Adalah dianggarkan 75 peratus wanita yang sudah berkahwin akan mengalami masalah keputihan. Masalah itu berlaku disebab wanita berkahwin telah mendapat pendedahan seksual dan ini menyebabkan dirinya mudah dijangkiti.Mentelah lagi dengan pengunaan produk-produk intim masakini yang bertoksik seperti sabun,syampu & gel mandian menyumbang kepada gangguan flora bakteria sedia ada didalam faraj seseorang wanita.

Statistik menunjukkan wanita hamil paling berisiko mengalami masalah keputihan disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan dan menyebabkan wanita berkenaan sesuai untuk mengalami jangkitan kulat. Ketika hamil, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen, ini menyebabkan kulat mudah membiak. Hormon estrogen juga akan menyebabkan kulat lebih senang melekat di dinding faraj.Secara anggaran, hampir 80 peratus atau 8 dalam 10 wanita hamil mungkin mengalami masalah keputihan.

Keputihan hanya dianggap bermasalah atau abnormal, seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk dan hanyir serta menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang. Keputihan itu juga tidak berwarna jernih lagi, tetapi berketul-ketul seperti keju dan menjadi kekuningan serta kehijauan.Adakalanya keputihan yang keluar dengan banyaknya menyebabkan kegatalan yang amat sangat sehinggakan seseorang itu menggaru dan kulit vagina akan melecet dan terasa pedih atau seperti terbakar

Keadaan seumpama itu selalunya disebabkan penyakit lain atau dikaitkan dengan jangkitan seperti :


* Kulat Candidiasis (keputihan seperti kepingan susu basi)
Kuman Tricomonas (lelehan keputihan atau tidak berwarna cair, banyak, berbuih)
Bacterial vaginosis (lelehan berbuih, berbau hanyir)
Kuman Chlamydia (jarang menyebabkan lelehan)
Kuman Gardneralla (lelehan cair berbau busuk)
*
Proses Semulajadi Bakteria Didalam Faraj

Faraj mengandungi bakteria semula jadi iaitu bacillus asidofilus menghasilkan asid lactat yang berfungsi melindungi faraj dari kemasukan atau serangan kulat dan kuman. Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat dan menyebabkan pengeluaran cecair berwarna putih kekuningan dan berbau masam.Bau yang tidak menyenangkan ini juga boleh berlaku akibat tindak balas bakteria terhadap peluh yang sering berlaku pada bahagian kemaluan. Apabila keasidan faraj kurang dari tahap yang diperlukan iaitu sekitar pH 3.8-4.5 akan memudahkan sejenis kulat yis(biasanya candida albican) menghinggapinya lalu membiak dalam kadar yang terlalu pantas dan perkara ini akan mendatangkan masalah infeksi.Ada juga kes yang mengambil pil perancang mengalami masalah keputihan yang teruk, tetapi ini tidak bermakna semua wanita yang mengambil pil perancang akan mengalami masalah keputihan.

Keputihan Mengganggu Keharmonian Rumahtangga?

Walaupun masalah keputihan disebabkan jangkitan kulat tidak membawa kesan pada kesuburan seseorang wanita tetapi implikasinya hubungan seksual antara suami isteri pasti terjejas apabila masalah keputihan teruk dan berbau mengendurkan keinginan untuk melakukan seks dan ini dapat merenggangkan hubungan kedua pasangan.

Berlakunya radangan pada kawasan sulit menyebabkan pasangan berasa sakit dan tidak selesa ketika hendak bersama. Malahan, walaupun tidak dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang menular, seorang isteri jika bermasalah keputihan boleh menjangkiti suami dan kesan dari jangkitan yang dialami oleh suami juga sama termasuk, sakit ketika hendak membuang air kecil.Seharusnya wanita yang mengalami keputihan ini peka kepada komplikasi-komplikasi yang mendatang dan mengambil langkah bijak untuk merawatnya segera daripada membiarkan ia memusnahkan keharmonian rumahtangga.

Wanita yang mengalami masalah keputihan juga disarankan mengamalkan amalan pemakanan dengan memperbanyakkan memakan sayuran hijau dan dadih yang mengandungi lactobasillus.Bagi yang mengalami masalah radang pula digalakkan kerap menukar seluar dalam dan juga memilih yang diperbuat daripada kain kapas serta sedikit longgar.

Antara Rawatan Pilihan

Ramai juga yang berpendapat rawatan herba tradisional berkesan untuk merawat keputihan walaupun tiada data yang menyokong perkara ini.Sama juga seperti rawatan moden yang juga ada kesan sampingan, begitu jugalah rawatan herba.Satu perkara kita perlu fahami adalah kaedah perubatan herba tradisional sudah lama diamalkan orang dulu dan didapati berkesan serta diperturunkan dari generasi ke generasi sehingga kini. Seharusnya kita tidak membelakangkan kaedah herba tradisional kerana telah terdapat bukti kesahihan walaupun tanpa sokongan data,tidak seperti rawatan moden yang dipelopori barat dengan kajian dan data-data yang menyokong kajian mereka.Tidak kira jenis rawatan yang menjadi pilihan setiap individu,perkara yang paling utama ialah memastikan keputihan harus dirawat seberapa segera sebelum ianya menular keorgan – organ berdekatan.

Menggunakan FC Bio Sanitary Pad (Pad herba) boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah rawatan bagi penyakit keputihan dan masalah-masalah lain.



Barah Pangkal Rahim


Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakanbarah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ). Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart ).

KETUAT KELAMIN (Genital Warts)
Megenali ketuat kelamin
Ketuat kelamin merupakan sejenis penyakit kelamin. Ketuat kelamin merujuk kepada bonjolan daging lembut, lembab dan tidak sakit pada alat kelamin. Ketuat kelamin bewarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur, dan kadangkala pada faraj wanita.
Ketuat ini pada wanita berpotensi berubah menjadi barah, terutamanya barah pangkal rahim.Ketuat kelamin tidak menunjukkan tanda-tanya yang ketara, oleh itu ujian pap smear digalakkan untuk dilakukan secara berkala terutamanya bagi mereka yang menjangkau usia 40an.Bagi wanita mengandung, rawatan perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan ketuat kelamin berjangkit kepada bayi yang akan lahir secara normal.Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.

BARAH PANGKAL RAHIM (Kanser Serviks)
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Serviks merupakanbarah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim boleh membawa maut.

Mengenali lebih dekat Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)
Serviks adalah pangkal rahim dan rahim merupakan bahagian tubuh di mana janin berkembang.Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.Dalam barah pangkal rahim, sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser. Wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks juga boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.
Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)
Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
Perdarahan dari faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
Sebarang perdarahan dari faraj selepas putus haid.

Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Ujian lumuran Pap (Pap Smear)
Oleh kerana wanita yang aktif seks berisiko mengidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi.Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.
Ujian ini boleh didapati di:
Pusat Kesihatan Kerajaan
Klinik Perancang Keluarga
Hospital/Klinik Swasta

Antara calon/kriteria wanita yang perlu menjalani PAP Smear
Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian PAP Smear.
Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan sekurang-kirangnya 2 tahun sekali.
Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid
Para wanita juga dinasihatkan adalah lebih baik untuk menjalani ujian lumuran Pap ini pada setiap tahun untuk memeriksa sel prabarah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dapat dikesan awal, ia masih boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan anda.

Wednesday, 2 May 2012

Program Usahawan Avail 2Plus1

Program ini diwujudkan  begi membolehkan mereka yang ingin keluar dari kesempitan kewangan melalui konsep perkongsian kesedaran kesihatan dan kebaikan produk-produk Avail.Ia cukup mudah dilakukan. Anda hanya perlu membeli produk mengikut keperluan atau masalah kesihatan anda. Ketahui kelebihan produk dan kesesuaiannya keperluan anda.Dengan pembelian mana-mana produk di atas, secara automatik anda layak mendaftar sebagai ahli secara PERCUMA dan memperolehi produk dengan harga ahli.

Baca seterusnya......

Monday, 26 March 2012

Fenomena Tidak Normal - Petikan Harian Metro

Fenomena tidak normal
Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
norlaila@hmetro.com.my

 

DR IAN MILSOM...ubat baru mengandungi hormon sama seperti hormon semula jadi wanita

“CUTI wajib tiap bulan,” kata teman sepejabat dengan wajah muram selepas dua hari memerap di rumah kerana haid. Masalah ini dialami sejak umurnya belasan tahun lagi yang membuatkan dia kerap tidak hadir ke sekolah atau terpaksa mengambil cuti setiap kali datang haid kerana dia bukan saja berasa tidak selesa malah cepat berasa penat.

Semuanya berpunca daripada aliran haid yang terlalu banyak sehingga dia terpaksa menukar tuala wanita setiap jam. Bahkan kadangkala dia memakai dua lapis tuala wanita untuk mengelakkan kebocoran. Dia bernasib baik kerana ketua di pejabat memahami keadaannya tetapi seorang rakan lagi di organisasi lain yang mengalami masalah sama sering disindir kerana dianggap sengaja mencari alasan untuk ponteng kerja.
sebelum   selepas

   
 
DR PREMITHA...ada banyak kaedah selesaikan masalah pendarahan haid berlebihan.
DR SURESH...ramai wanita alami masalah pendarahan haid berlebihan tetapi tidak dapatkan rawatan.
       Perunding Ginekologi dan Obstetrik, Dr Suresh Kumarasamy, berkata haid adalah perubahan fisiologi bulanan yang semula jadi bagi wanita. Setiap bulan badan wanita bersedia untuk hamil tetapi jika kehamilan tidak berlaku, lapisan dinding dalam rahim akan runtuh dan dikeluarkan sebagai darah haid.

Darah haid sebenarnya terdiri daripada darah dan sebahagian tisu dari dalam rahim atau uterus. Haid bermula apabila remaja perempuan memasuki umur baligh iaitu pada umur lapan hingga 16 tahun dan ia berterusan sehinggalah seseorang itu menopaus (putus haid - biasanya lewat 40-an ke awal 50-an). Secara umumnya tempoh haid wanita tidak lama, sekitar tiga hingga lima hari saja. Ada juga yang antara lima hingga tujuh hari.

Ramai wanita berasakan darah haid mereka banyak tetapi hakikatnya jumlah yang normal ialah lebih kurang 40 hingga 60 mililiter saja. Untuk memudahkan perbandingan, jumlah darah haid ini lebih sedikit daripada satu perempat air kotak 250 mililiter.

Namun ada juga sesetengah wanita mengalami pendarahan haid yang banyak sehingga melebihi 80 mililiter sehingga memaksa mereka menukar tuala wanita setiap jam. Ada juga wanita yang terpaksa memakai lampin dewasa apabila dua lapis tuala wanita masih tidak mampu menampung darah haid mereka.

Inilah yang dialami Anita, 40, (bukan nama sebenar), pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Dia mengalami masalah pendarahan haid yang banyak selepas melahirkan anak keduanya. Dalam tempoh 10 tahun masalahnya bertambah teruk sehingga terpaksa berjumpa doktor.

Namun apa yang diberikan doktor hanyalah pil zat besi. Bagaimanapun ia bukan penyelesaian kerana Anita alah pada pil berkenaan. Setiap bulan dia terpaksa bertukar jenama pil sehinggalah akhirnya berjaya menemui pil zat besi yang serasi dengannya dan tidak menyebabkan ruam.

Haidnya pula lama, sehingga sembilan hari tetapi keadaan paling ‘tenat’ berlaku pada tiga hari pertama di mana darah haidnya dirasakan mencurah seperti keluar dari paip. Inilah yang menyebabkan Anita terpaksa memakai lampin dewasa, itu pun perlu kerap ditukar bagi mengelakkan kebocoran.

Biasanya apabila haid, dia akan membawa satu persalinan pakaian kerana bimbang darah haid terkena pada baju yang dipakainya. Malah dia juga akan meletakkan akhbar di atas kerusi atau bangku kereta. Memang sepanjang tempoh haid, dia sentiasa dilanda kebimbangan. Bahkan kerap dia bangun pada tengah malam untuk menukar tuala wanita.

Kawan-kawannya berkata dia nampak pucat dan tidak bermaya setiap kali haid.
Walaupun suaminya kerap menasihatkan supaya mengambil cuti, tetapi dia tidak sanggup menyusahkan pelajarnya untuk menggantikan kelas. Selain kelas, aktiviti lain akan dibatalkan dan selalunya ketika inilah dia lebih suka mengurungkan diri di rumah kerana tidak mahu peristiwa memalukan seperti kebocoran sehingga darah haid terkena pada baju kurungnya pada satu majlis perkahwinan berulang.

Menurut doktor yang ditemuinya, masalahnya boleh selesai jika menjalani pembedahan histerektomi iaitu pembuangan rahim tetapi dia enggan kerana umurnya masih muda. Sebenarnya hampir 75 peratus pembedahan pembuangan rahim di dunia dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Masalah yang dihadapi Anita sebenarnya turut dialami oleh ramai wanita di seluruh dunia. Kajian pola pendarahan dan kawalan kitaran haid pada 2009 mendapati satu daripada tiga wanita di seluruh dunia mengalami masalah pendarahan haid terlalu banyak. Walaupun lebih 80 peratus mengakui keadaan itu memberi kesan negatif terhadap kualiti hidup mereka, tetapi kira-kira 35 peratus tidak mendapatkan bantuan perubatan.

Kajian itu juga mendapati 76 peratus wanita mengalami masalah pendarahan haid yang teruk dan daripada jumlah itu, 82 peratus berkata ia menjejaskan hubungan mereka dengan suami dan peluang untuk terbabit dalam aktiviti sosial (83 peratus).

“Ini menandakan pendarahan haid yang banyak iaitu melebihi 80 mililiter bagi setiap kitaran adalah perkara tidak normal. Malangnya ramai tidak menyedari keadaan ini, yang dianggap biasa kerana sudah mengalaminya sejak sekian lama,” katanya.


Pendarahan tidak normal

Menurut Dr Suresh, haid yang normal mempunyai ciri berikut:

Tempoh kitaran 28 hari (tujuh hari)
Tempoh haid biasanya empat hari ( dua hari)
Jumlah darah haid 40 mililiter ( 20 mililiter)

Seseorang wanita dikatakan mengalami masalah pendarahan haid yang banyak atau tidak normal jika:

Jumlah darah haidnya melebihi 80 mililiter bagi satu kitaran

Tempoh haidnya berpanjangan antara lapan hingga 10 hari, yang berlaku dalam kebanyakan bulan

Pendarahan yang banyak sehingga menyukarkan seseorang wanita untuk bekerja atau melakukan aktiviti harian lain

Wanita mengalami masalah anemia kerana kehilangan banyak darah secara berterusan

Ada ketulan darah melebihi satu atau dua hari

Mengalami ‘kebanjiran’ - yang berlaku secara tiba-tiba, permulaan haid yang tidak dijangka

Perlu menukar tuala wanita atau tampon setiap jam

“Masalah pendarahan haid yang banyak dikelaskan apabila berlaku pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kualiti kehidupan sama ada daripada segi fizikal, emosi, sosial dan material. Ia boleh menjejaskan salah satu atau gabungan beberapa gejala seperti senggugut dan keletihan yang melampau,” katanya lagi.

Namun untuk lebih mudah menguji sama ada haid anda terlalu banyak atau normal ialah melihat pada kesan pada tuala wanita. Lihat jika tuala wanita anda sentiasa penuh sepanjang tempoh haid.


Tanda dan gejala pendarahan haid yang banyak:

Satu atau lebih tuala wanita atau tampon basah lencun dalam masa satu jam

Perlukan perlindungan berganda (seperti memakai dua lapis tuala wanita pada satu masa)

Perlu menukar tuala wanita atau tampon pada waktu malam
Tempoh haid melebihi tujuh hari
Ada ketulan darah pada darah haid
Mengalami gejala anemia seperti rasa letih, lesu, sesak nafas
Senggugut

Menjejaskan kualiti hidup secara keseluruhan termasuk di tempat kerja, di rumah dan hubungan dengan keluarga dan suami


“Kajian ke atas 500 wanita Malaysia berusia antara 18 hingga 49 tahun di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur/Petaling Jaya mendapati ramai yang menggunakan dua lapis tuala wanita atau tuala wanita dan tampon pada satu masa, mengalami pendarahan yang banyak selepas tampon dikeluarkan, bangun di tengah malam untuk menukar tuala wanita dan menukar tuala wanita atau tampon bagi setiap dua jam.

“Satu daripada lima wanita (22 peratus) mengalami masalah pendarahan haid yang banyak dalam tempoh 12 bulan sebelum kajian. Kira-kira 34 peratus berkata masalah itu mengganggu hidup mereka, 22 peratus menganggap ia sebagai gangguan yang masih boleh diterima (boleh meneruskan aktiviti harian) dan empat peratus mengakui sangat mengganggu sehingga banyak aktiviti perlu dihentikan.

“Antara gejala yang dialami mereka termasuk letih, lesu, tidak bertenaga, kelihatan pucat, sakit pada pinggul dan anemia. Aktiviti yang terjejas akibat masalah ini adalah prestasi kerja (43 peratus), kehidupan keluarga (33 peratus), hubungan dengan pasangan (27 peratus), kerja rumah (26 peratus), aktiviti santai seperti bersukan dan menonton wayang (23 peratus), kehidupan sosial (21 peratus) dan hubungan seks (11 peratus) dan persekolahan (tujuh peratus).

“Kebanyakan wanita berkata mereka mula mengalami masalah ini ketika berumur 20-an tetapi hanya dua daripada lima orang yang mendapatkan bantuan perubatan.
Ini kerana ramai yang tidak menyedari ia adalah satu perkara tidak normal.
Malah kebanyakannya mendapatkan maklumat mengenai masalah pendarahan haid yang banyak ini daripada kawan-kawan, ahli keluarga, pasangan dan media. Sangat kurang yang mengadu masalah mereka kepada doktor,” katanya pada pelancaran Qlaira, ubat makan mengandungi astradiol valerate dan dienogest untuk mengatasi pendarahan haid berlebihan anjuran Bayer HealthCare.


Punca pendarahan yang tidak normal
Lima punca utama pendarahan tidak normal ini ialah:
  1. Ketidakseimbangan hormon - biasanya berlaku ketika haid dan akan ‘selesai’ sendiri selepas haid tamat
  2. Masalah sakit puan seperti fibroid, polip, kanser pangkal rahim, kehamilan luar rahim
  3. Pengambilan ubat tertentu termasuk ubat antikeradangan dan antipembekuan darah, serta ubat hormon yang tidak diambil dengan betul
  4. Penggunaan alat pencegahan kehamilan dalam rahim tanpa hormon (IUD kuprum)
  5. Masalah kesihatan seperti penyakit keradangan pelvik, masalah pada kelenjar tiroid, endometriosis atau penyakit hati dan buah pinggang

Bagaimana masalah dikesan?

Ia dikesan melalui:

Sejarah haid. Pesakit mungkin dikehendaki merekodkan kedatangan haid mereka termasuk berapa ‘tenat’ pendarahan dan berapa banyak tuala wanita yang digunakan.

Selain itu ada beberapa ujian yang boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah ini seperti imbasan ultra bunyi, ujian darah, ujian lumuran pap dan biopsi endometrium (lapisan pada dinding rahim).


Apa yang wanita mahu?

Menurut Dr Suresh lagi, 35 peratus wanita mahukan haid yang lebih ‘ringan’ dan pendek kerana ini akan:

Menjimatkan kos membeli tuala wanita atau tampon
Tiada gangguan pada aktiviti harian
Boleh lebih aktif
Tidak perlu kerap ke tandas
Tidak berasa penat
Tidak perlu bangun pada tengah malam
Tidak bimbang darah haid terkena pada pakaian
Tidak perlu ambil cuti ketika haid
Boleh memakai pakaian berwarna cerah


Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata hasrat di atas boleh dicapai melalui beberapa kaedah rawatan seperti:

Terapi hormon - menggunakan pil perancang untuk membantu mengatur dan mengurangkan pendarahan. Kaedah ini memang sudah lama digunakan dan ia terbukti berkesan. Kekurangannya, ada wanita mengadu mengalami masalah sakit kepala, retensi air, pertambahan berat badan.

Terapi bukan hormon - Ini termasuk pengambilan ubat antikeradangan bukan steroid (NSAID) seperti ibuprofen atau naprofen (juga membantu mengurangkan kesakitan senggugut) dan asid traneksemik. Kekurangannya boleh menyebabkan masalah penghadaman, kerap buang air, memburukkan masalah asma dan ulser peptik.

Kaedah pembedahan hanya akan dicadangkan jika ubat tidak berkesan. Antaranya dilation & curettage (D&C), histeroskopi operatif, ablasi endometrium, reseksi endometrium dan histerektomi. Pesakit perlu mendapatkan penjelasan terperinci sebelum bersetuju menjalani kaedah pembedahan kerana setiap satu ada risiko tersendiri.

Pun begitu dengan kelahiran ubat baru yang mempunyai gabungan unik estradiol iaitu estrogen yang sama dengan hormon dihasilkan tubuh dan dienogest hormon progestin dengan tumpuan kesan pada lapisan endometrium dalam rahim, masalah pendarahan haid berlebihan dapat diatasi dengan baik.

“Ubat ini akan meniru kitaran hormon wanita semula jadi yang secara tidak langsung akan memberikan kawalan ke atas pendarahan haid yang optimum. Ujian klinikal menunjukkan ubat ini mampu mengurangkan pendarahan secara ketara dan berkesan iaitu sehingga 88 peratus selepas enam bulan pengambilan tanpa mendatangkan kesan sampingan,” kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Sweden, Dr Ian Milsom.

Justeru, bagi anda yang ada masalah pendarahan haid berlebihan atau terlalu banyak, jangan lagi mengasingkan diri atau terus menderita dalam diam kerana perkara yang dianggap sangat peribadi dan memalukan ini boleh diatasi. Malah usah biarkan haid terus menjejaskan kualiti hidup anda kerana haid adalah antara kelebihan yang diberikan Tuhan khusus untuk wanita.

Sunday, 25 March 2012

Bahaya Tuala Wanita


Video: Kanser Pembunuh Wanita -Cegah Kanser Rahim



Cegah Barah Rahim

BARAH pangkal rahim atau lebih dikenali sebagai kanser servik adalah barah ketiga paling tinggi menyerang wanita di negara ini. Antara faktor risiko penyakit barah pangkal rahim disebabkan kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (HPV), kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin (genital wart).

Di Malaysia, masih ramai wanita yang kurang mengambil berat mengenai kanser pangkal rahim sedangkan ia perlu pencegahan awal iaitu pada usia meningkat remaja. Justeru, bagi terus menimbulkan kesedaran terhadap penyakit itu, Persatuan Barah Kebangsaan Malaysia (NCSM) dengan sokongan GlaxoSmithKline, menganjurkan Kempen Cegah Barah Rahim Dengan Bergaya Bersama Rakan Karib.

Ia adalah lanjutan kempen Power Over Cervical Cancer (POCC) yang dilancarkan pada Julai 2009, dengan matlamat mewujudkan kesedaran berkekalan mengenai pangkal rahim dan pada masa sama, menggalakkan wanita berbincang dengan pakar kesihatan serta mendapatkan perlindungan.

Ketua Eksekutif dan Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr Saunthari Somasundaram berkata, masih ramai wanita tidak mengetahui mengenai penyakit kanser pangkal rahim.

“Kanser pangkal rahim adalah penyakit ketiga tertinggi menyerang wanita Malaysia selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Jika dibiarkan, boleh menjejaskan kerjaya dan keluarga.

“Di Asia Pasifik, penyakit ini membunuh wanita setiap empat minit. Malangnya, masih ramai yang tidak mendapat kesedaran dengan membuat pemeriksaan kesihatan awal mencegahnya,” katanya selepas merasmikan kempen itu, baru-baru ini.

Bekas pesakit, Genevieve Sambhi, 37, berkata dia tidak pernah menyangka akan mendapat penyakit kanser servik disebabkan tiada siapa dalam keluarganya menghidapi penyakit itu. “Saya mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, tidak minum arak dan berjoging setiap hari. Saya juga tidak pernah berasa sakit sehinggalah disahkan menghidap kanser itu pada April 2009. “Saat diberitahu mengenainya, saya hanya memikirkan mati. Saya juga seakan mahu putus asa untuk hidup dan tidak dapat bayangkan jika keluarga, anak dan kawan tiada di sisi menyokong,” katanya yang sudah pulih daripada penyakit itu.

Tambah Genevieve, tiada simptom yang dapat mengesan seseorang itu mempunyai kanser pangkal rahim. Disebabkan itu, setiap wanita digalakkan menjalani pemeriksaan pap smear sebagai langkah pencegahan.

“Kepada wanita yang disahkan menghidap kanser pangkal rahim, dinasihatkan supaya terus kuat melawan penyakit itu dan tidak mudah putus asa. Dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor secara berterusan,” katanya.

Sebab terjadi?
Ia disebabkan virus HPA yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini daripada menjangkiti wanita tetapi bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh daripada kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35 hingga 55 tahun.

Tanda dan gejala
1. Pendarahan ketika melakukan hubungan seks.
2. Pendarahan pada pertengahan bulan.
3. Pendarahan selepas menopaus.
4. Keluar lendir berdarah yang busuk daripada faraj.
5. Sakit ketika melakukan hubungan seks.

Wanita berisiko mendapat kanser serviks?
1. Mempunyai lebih daripada seorang pasangan.
2. Mula aktif hubungan seks sebelum usia 18 tahun.
3. Mengalami jangkitan kuman seperti sifilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV.
4. Kurang daya tahan imun.
5. Merokok.

Apa yang akan doktor lakukan sekiranya dikesan mempunyai kanser serviks?
Ujian Pap smear: Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan hantar ke makmal. Ujian ini akan mengesan sebarang keganjilan pada serviks seperti sel prabarah. Ujian ini digalakkan dilakukan setiap tahun bagi mengesan kanser peringkat awal yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa.

Ujian HPV:
Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang spesifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebab utama kanser pangkal rahim.

Colposcopy:
Doktor akan menggunakan mikroskop khas untuk memeriksa pangkal rahim. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar ke makmal. Kadangkala biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah merebak lebih dalam. Rawatan Rawatan bergantung kepada tahap kanser berkenaan dan sejauh mana ia merebak. Sekiranya masih pada peringkat awal, pembedahan buang rahim disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak ke organ berdekatan.

Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.

Cara mencegah?
Anda boleh mengurangkan risiko dihidapi kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, maka penggunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV. Kurangkan HPV dengan
1. Berhubungan seks dengan seorang pasangan.
2. Elakkan hubungan seks pada usia muda.
3. Tidak merokok.
4. Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
5. Suntikan vaksin.

Vaksin terhadap HPV
Kini terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakan strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis semuda usia 13 tahun digalakkan mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70 peratus jangkitan HPV dan lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual. Ia turut disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.

Di manakah boleh mendapatkan suntikan vaksin ini? Vaksin boleh didapati di klinik pakar berdekatan. (Dipetik dari myMetro)

Saturday, 24 March 2012

Usus Kotor Punca Segala Penyakit

Bagaimana Toksin Dalam Perut Anda Dikumpulkan
Cara kehidupan zaman moden sekarang secara  perlahan-lahan meracun kehidupan kita akibat  daripada udara, air dan makanan yang dicemari  dengan pelbagai toksin. Makanan yang diambil oleh  kita setiap hari mengandungi protein dan lemak  haiwan yang tinggi. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan psoriasis (longgokan najis-najis lama). Psoriasis adalah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Ia merupakan mendapan degil yang telah bertahun-tahun menghuni perut kita dan amat sukar dihapuskan. Ia juga menyukarkan makanan yang kita makan dicernakan dengan sempurna. Jika kita mempunyai masalah berat badan, maka salah satu sebab utamanya adalah psoriasis yang memenuhi usus kita.

Apa Kaitan Sembelit Dan Psoriasis ?

Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6-10 paun najis tertinggal dan mendap di dalam usus kita. Ia memenuhi dan mengeras di dinding usus kita dari hari ke hari. Adakah kita berfikir “Saya tidak sembelit kerana saya membuang air besar setiap hari dan oleh itu saya tidak perlu membersihkan usus”, sebenarnya kita silap. Walaupun kita membuang air besar setiap hari, kita tidak sedar bahawa kita mungkin mempunyai masalah usus. Daripada kajian Dr. Bernard Jensen, 98% penduduk dunia mempunyai usus besar yang dipenuhi dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis baru yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit dan psoriasis.

Adakah Psoriasis Merbahaya?

Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar dan psoriasis adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sempurna. Bahan
oksin ini akan diserap oleh mucus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika datang haid.

Usus Bermasalah Mengundang Pelbagai Penyakit

Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.
Bagaimana Usus Bertoksin Menyebabkan Penyakit ?Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini
ikenali sebagai usus toksin.Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.

Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. Masalah usus yang sering dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan. Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.

Racun Yang Anda Perolehi Dalam Kehidupan Seharian

Bagaimanapun, ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana mereka berada di mana-mana sahaja dan sudah sebati dengan kehidupan kita seharian.

Makanan
Dalam makanan kita ~ racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayuran ,bahan kimia dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar, antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.

Minuman
Dalam air minuman kita ~ klorin, logam berat, bahan kimia , bacteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.

Pernafasan
Dalam udara yang kita sedut ~ bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran.

Penghadaman Tidak Sempurna
Dari proses-proses badan ~ sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.

Kesan Pengumpulan Toksin/Kotoran Dalam Perut
- Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
- Sembelit atau cirit-birit yang kerap
- Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
- Kuku dan rambut yang rapuh
- Badan dan nafas berbau
- Sering sakit kepala
- Sakit leher, bahu, sendi dan otot
- Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk
- Imsomnia – masalah tidur
- Meradang dan kemurungan
- Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
- Berat badan dan pembendungan air dalam badan
- Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
- Alergi dan pengidaman makanan
- Peningkatan tekanan darah
- Kurang tenaga syahwat.

Tahukah Anda ?

- 90% daripada penyakit adalah berpunca daripada usus yang kotor [KOLEJ PERUBATAN ENGLAND]
- 500,000 kematian berlaku setiap tahun disebabkan oleh kanser kolon [THE STAR, 13 MEI 2004]
- 5 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah perut spt kebuncitan, sakit perut, kekembungan, sembelit, buasir dll.


Apa Itu Penyahtoksifikasi (cuci usus)?
Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin.

Kelebihan Pembersihan Usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

Apa Kata Pakar?
Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau,

"Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.

Menyahtoksik (cuci usus) Adalah Rahsia Untuk Kekal Muda Dan Sihat
Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan percaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan adalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa. Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan. Kini, terdapat satu program menyahtoksik yang lebih mudah dan praktikal, malah juga berkesan untuk membantu anda kekal muda dan sihat. Inilah tugas yang boleh diharapkan kepada GREEN FIT.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes