Monday, 5 March 2012

Adakah ANDA atau orang tersayang atau kenalan sedang mengalami masalah-masalah berikut?




Tahukah Anda??

Memang membimbangkan!!! Kadar wanita diserang kanser servik meningkat secara mendadak saban tahun. Di Asia Pasifik, kanser servik meragut nyawa seorang wanita setiap 4 minit menurut laporan World Health Organization (WHO). Di Malaysia, terdapat lebih dari 700 kes kematian akibat kanser servik setiap tahun seperti yang dilaporkan oleh Persatuan Kanser Malaysia. Malah di seluruh dunia, 500,000 kes baru dilaporkan setiap tahun.Mengikut statistik tahun 2002, lebih 275,000 kematian diakibatkan oleh kanser tersebut. Lebih 1,300 wanita didiagnos kanser servik  dan lebih 750 wanita mati akibatnya setiap hari.

Di Malaysia, pada tahun 2003, Daftar Barah Kebangsaan melaporkan jumlah kasar kes kanser servik sekitar 16:1 dalam 100,000 penduduk.Ia menunjukkan bahawa setiap 16 orang wanita 1 orang berisiko tinggi menghidap kanser servik. Pada tahun sebelumnya iaitu 2002 sebanyak 1492 kes dilaporakan dengan 766 kematian.


Masalah Wanita Masa Kini.

Secara umumnya, hampir semua wanita pada masa kini sedang atau pernah mengalami masalah sakit puan. Namun kebanyakan mereka jarang mengambil tahu punca dan sebab masalah itu wujud kerana mereka beranggapan perkara tersebut adalah perkara biasa. Malah kebanyakan mereka tidak pernah ambil tahu atau mengambil berat mengenai kandungan  yang terdapat dalam tuala wanita yang mereka gunakan setiap bulan. Akibat dripada sikap acuh dan tidak acuh inilah meningkatkan lagi risiko mereka dibayangi kanser servik dan barah payu dara.

Perlu Tahu!!!
Tuala wanita adalah teman dan keperluan wajib setiap wanita pada setiap bulan bila tibanya waktu haid. Malangnya, sebahagian besar wanita tidak mengambil berat kandungan atau bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan tuala wanita pada masa kini. Disebabkan faktor persaingan pasaran dan kekurangan bahan mentah, kebanyakan syarikat pengeluar tuala wanita  masa kini menjadikan kertas kitar semula sebagai alternatif bahan utama dalam pembuatan tuala wanita.

Ancaman Dioksin Dalam Tuala Wanita


Hasil pemprosesan kertas kitar semula yang bakal dijadikan bahan utama tuala wanita telah menghasilkan tindakbalas  bio kimia sisa sampah yang menghasilkan "DIOKSIN". Dioksin amat
berbahaya kepada tubuh manusia kerana ia merupakan bahan bertoksid bersifat karsinogen (pengaktif sel kanser) dan berupaya tinggi menjejaskan genetik manusia jika terdedah untuk jangka masa yang lama walaupun pada jumlah yang sedikit.




Agensi Pelindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya yang diketahui oleh sains. Kajian EPA pula membuktikan bahawa pendedahan dioksin untuk jangka masa panjang melalui penggunaan tuala wanita berkualiti rendah mampu menjejaskan kesuburan dan mengganggu perkembangan janin.

Dalam ujian di luar negara, tuala wanita didapati mengandungi 400 bahagian per trilion (bpt) dioksin. Biarpun paras tersebut rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan, namun kajian membuktikan penyerapan dioksin secara sedikit demi
sedikit secara berterusan mampu meningkatkan risiko kanser.Secara
purata, Secara purata wanita menggunakan kira-kira 15  ribu tuala wanita untuk tempoh 25 tahun sepanjang tempoh haid mereka. Ini mendedahkan wanita sebanyak 15,000 kali terhadap bahaya DIOKSIN yang mampu mendatangkan mudarat kepada wanita jika tiada kesedaran dan tidak bertukar kepada alternatif produk yang dijamin selamat.

Tanggungjawab Bersama.


Masyarakat masa kini perlu menyedari masalah kesihatan yang melanda dunia masa kini. Tidak kira anda lelaki atau perempuan, anda perlu tahu dan menyampaikan info ini kepada ahli keluarga, kawan dan kenalan.

Produk tuala wanita di pasaran telah diperkenalkan sejak tahun 1970an. Kini sudah masuk tahun 2011. Ini bermakna pendedahan Dioksin terhadap wanita sudah berlaku lebih 30 tahun. Sebelum diperkenalkan tuala wanita, wanita menggunakan kain sebagai alternatif. Tiada timbul masalah sakit puan yang kronik. Tetapi transformasi kepada penggunaan tuala wanita moden, masalah sakit puan mula wujud.

Namun wanita menganggap masalah sakit puan adalah perkara biasa kerana hampir semua wanita mengalami masalah tersebut. Masalah semakin teruk apabila masalah sakit puan yang dibiarkan mengundang masalah yang lebih teruk iaitu kanser puan seperti kanser servik, kanser ovari,endometriosis,fibroid dan sbagainya.

Disebabkan tiada kesedaran dan pilihan maka wanita terus mnerus menggunakan produk tuala wanita di pasaran. Ini akhirnya menyumbang kepada peningkatan kadar statistik kematian akibat masalah kanser puan.


Bertukarlah Sekarang!!!.
Atas kesedaran dan keperluan tersebut, syarikat Avail Beauty Sdn Bhd elah membuat kajian makmal dan ujian dalam penghasilan produk alternatif bagi menggantikan kebanyakan produk tuala wanita di pasaran yang mampu mengancam  kesihatan wanita.

Hasil kajian tersebut, pihak Avail telah berjaya menghasilkan tuala wanita berkualiti tinggi dan dijamin selamat malah sehingga kini terbukti lebih 7 tahun membantu ramai penggunanya pulih dari masalah sakit puan yang mereka hadapi. Malah kandungan herbanya menjadikan tuala wanita  FC Bio Sanitary Pad mempunyai fungsi pelbagai guna.



Jangan Takut!!

Bagi wanita, anda tak perlu bimbang untuk bertukar dan beralih arah kepada penggunaan tuala wanita Avail. Lihat perbandingan berikut.



(Dipetik dari availlian.com)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes